Perceraian & Perkahwinan
PerkahwinanKami menyediakan pelbagai perkhidmatan perundangan bagi membantu anda dalam prosiding-prosiding berikut: i. Permohonan Perkahwinan Permohonan perkahwinan merujuk kepada proses untuk memohon kebenaran untuk berkahwin di bawah undang-undang Malaysia. Kami akan membantu untuk membuat permohonan untuk pasangan yang ingin berkahwin, dan memastikan mereka memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh undang-undang seperti usia, status bujang, dan sebagainya. – Wali Hakim – Kebenaran Poligami ii. Pengesahan & Pendaftaran Perkahwinan Luar Negara iii. Nafkah Isteri/Nafkah Isteri Tertunggak iv. Sabitan Nusyuz Seletah meneliti kes anda, peguamcara dan peguambela kami akan memberikan anda nasihat undang-undang yang menyeluruh dan yang sesuai dengan situasi anda. Perceraiani. Perancangan bercerai Kami memahami bahawa perceraian adalah sesuatu perkara yang tidak diingini dan amat dikecewakan. Peguamcara dan peguambela kami akan mendengar dan meneliti situasi anda dan memberikan nasihat undang-undang kita yang profesional dalam melindungi hak-hak anda dalam perancangan tersebut. ii. Prosiding Perceraian Peguamcara dan peguambela kami adalah berpengalaman dalam prosiding-prosiding dengan mahkamah. Maka, kami akan membantu menyediakan dan menyerahkan dokumen perceraian dan pendengaran di mahkamah untuk memastikan bahawa perceraian dilakukan dengan cara yang adil dan sah. iii. Perceraian Luar Negara Kami menyediakan nasihat serta bantuan perundangan bagi membantu pelanggan kami menentukan jenis perceraian yang tepat berdasarkan keadaan dan fakta kes mereka. i. Persetujuan bersama – Seksyen 47 Akta/Enakmen Undang-undang Islam Peguam-peguam kami berpengalaman lebih 17 tahun dalam perundangan Syariah dan telah mengendalikan pelbagai jenis kes perceraian. Malah kami juga pernah mengendalikan perceraian yang melibatkan suami yang tidak bersetuju untuk melafazkan cerai, suami yang tidak dapat dikesan dan pelbagai jenis kes perceraian yang rumit. Tuntuan Selepas Perceraian (Wanita)Kami membantu mempertahankan hak-hak anda selepas perceraian dan di sepanjang prosiding perundangan. i. Nafkah Iddah Tuntutan Harta SepencarianHarta sepencarian merujuk kepada harta yang diperoleh semasa perkahwinan dan perlu dibahagikan secara adil antara pasangan selepas perceraian. Ia melibatkan proses menentukan nilai harta dan bahagian yang akan diterima oleh setiap pasangan. Kami membantu permasalahan perundangan berkenaan hak-hak anda dalam harta sepencarian yang diperolehi sepanjang tempoh perkahwinan dan dalam penyediaan dokumen serta permohonan-permohonan yang berkenaan. Tuntutan Berkaitan AnakKami juga boleh membantu anda untuk mendapatkan hak-hak berkaitan dengan anak iaitu:- i. Hak Jagaan Anak (Hadhanah) Pelaksanaan & Penguatkuasaan PerintahSelepas Mahkamah mengeluarkan Perintah berkenaan permohonan atau tuntutan yang dipohon, sering timbul permasalahan apabila pihak satu lagi tidak memberikan kerjasama untuk melaksanakan Perintah Mahkamah tersebut. Namun begitu anda mempunyai beberapa pilihan untuk melaksana dan menguatkuasakan Perintah Mahkamah tersebut iaitu:- i. Ubah Perintah Kami boleh membantu anda dengan memberikan konsultasi berkaitan pilihan yang ada untuk melaksanaan Perintah Mahkamah tersebut dan membantu anda di sepanjang prosiding perundangan di Mahkamah. |